Mar 31, 2011

kerana Mr. T

first of all, assalamualaikum semua....=)
pada petang yg hening ini (btol k?), ana nak cite sal ape yg telah ana lalui spanjang arini..
extra sound: (ce citer..ce citer..)

sbnrnye x de pape yg menarik pun..tapi ana still nk bagitaw jgak ape yg berlaku..huhu..em,arini ade Mini Karnival Keusahawanan di fakulti ana..bley dikatakan semua persatuan di fakulti ana mengambil bahagian dalam karnival ni..ade yg wat contests, puzzles, derma darah, jualan2 n many more..





cantik la yg ni..

at first, i thought nk pegi derma darah. da lama woo ana x derma darah..geram je rasenye td tapi ana x ley derma coz ana selsema n batuk2..melepas sudah (padahal lega sbb terlepas.hu3) 
then, ana pegi k booth persatuan ana (MESA)..nak tgk la jgak kan dorg watpe..rupanya ada byk game yg dorg sediakan kt booth 2..(nampak sgt ana ni x penah tolong dorg..kantoii)..lam byak2 game yg ade 2, ana sempat jugak main 2/3 daripada semua game yang ade 2..hahha..gigih x i??..





 

susah tol nak lekat kt bulat tgh2 2..

ni dart dgn sudoku..


ade lagi sebenarnya tapi ana x sempat nak snap gmbar..semua permainan ni kena bayar taw..tapi x de la mahal sgt..paling 'mahal' pun, 50 sen je..sesiapa yg berjaya lam games ni akan dapat hadiah misteri.. nmpak je hadiah misteri, tunggu apa lagi..ana redah je la semua game 2..hahahha..lam byk2 game yg ana cuba, akhirnya ana berjaya juga solve kn 1 game..(penat taw..amik mase lam 2 jam duk cuba sume game..wohoo)..ini la die puzzle yg ana berjaya solve kn..membentuk MR T..


setengah jam nk siapkan Mr T ni taw..=(

ni la hadiah misterinya..betul la kata orang..usaha tangga kejayaan..lepas penat cuba sume game n ana x penah give up, akhirnye ini la yang ana dapat..jeng..jeng..jeng..


agak2, berbaloi x ana dapat ni??
p/s: overall, bukan ana kejarkan sgt hadiah misteri 2..ana just nak tolong memeriahkan booth MESA n uji kemampuan ana dalam semua game 2..(yeke??)

p/s 2: OMG, i forgot 2 dedicate songs 2 my friends n some1 special..ewww..^_^

Mar 14, 2011

Al Kisah Api , Tukul Besi dan Gergaji


   Maka dikisahkan pada zaman yang memang takde..kerna memang zaman itu takde melainkan ana reka untuk santapan minda dan rileks rileks adanya..

  Maka pada zaman itu ada lah 3 sahabat yang mana mereka berkawan baik walaupun berlainan bentuk dan elemen iaitu Si Api, Sang Tukul Besi dan Si Gergaji..Dipendekkan kisah mereka yang terlampau panjang dek banyak dan panjangnya idea ana yang bersepah ni bagaikan 'mencurah-curah di landang gandum' bak kata Koala Coco Crunch..Maka berjalanlah 3 orang sahabat ni menuntut ilmu kesaktian yang mana ilmu itu cumalah ilmu agama..Kenapa dilabelkan ilmu agama itu sebagai ilmu sakti?Kerna dengan ilmu itulah mereka mampu melepasi neraka dan menjawab seksa kubur kelak.( fuh..watak khayalan pun belajar ilmu agama rupanya )..

  Maka setelah beberapa purnama menuntut ilmu sakti sehingga mampu ' terbang di udara ' dan ' berjalan di atas air ' maka tamatlah perguruan mereka dengan guru sakti itu.Dan mungkin ada sesetengah pembaca yang agak bingung bagaimana mereka mampu 'terbang' dan 'berjalan atas air' walhal yang dipelajari hanyalah ilmu sakti yakni ilmu agama sahaja.Jadi kaji punya kaji nah! Baru la korang paham bukankah ‘terbang’ itu maksudnya kaki memang dah tak jejak bumi..so dari sini korang pun buat lah andaian (memandai-mandai) bahawa mereka ni dah lepaskan harapan dan cinta pada dunia ( simbolik dengan bumi tempat berpijak ) dan lagi satu ( pun korang memandai-memandai juga ) bahawa mereka ni mampu ‘berjalan di atas air’ kerna simbolik kuatnya mereka melawan arus cabaran dan dugaan yang mendatang.Membuatkan mereka lebih cemerlang,gemilang dan terbilang untuk melawan arus duniawi ini.( Sekian kajian korang ).Giliran ana pulak nak sambung cerita.

  Sebelum mereka pulang ke kampong halaman masing-masing selepas selesai menuntut ilmu itu maka berwasiat dan beramanat la si guru sakti itu.” Wahai Si Api, Sang Tukul Besi dan Si Gergaji, untuk menamatkan pengajian ini dan untuk melayakkan kamu mendapat sijil penghargaan dari pokcik ini ,hendaklah kamu pergi ke sebuah kampung nun jauh di pedalaman hulu sana.Ada satu kampung bernama Kampung Besi Berani atau singkatannya ‘KBB Village’.Di sana kamu akan temukan satu kelompok manusia yang masih menyembah Si Tukang Sihir Prada.Kalahkan sihirnya dan pulanglah kalian ke pangkal jalan.Opss..ke kampung masing-masing daaa..

  Maka sekonyong-konyong ( bahasa melayu lama ) mereka pun berangkat lah ke KBB village tersebut berbekalkan tawakkal, sedikit jajan dan ilmu sakti yang penuh di dada.Dipendekkan cerita ( kalau terlalu panjang takut dilabel syok sendiri) maka sampailah 3 sekawan seperguruan itu di KBB village itu setelah 40 hari mencari – cari di peta dunia dan seluruh pelusuk negara.Maka terlihatlah akan mereka gejala-gejala kesesatan mereka ada di seluruh ceruk kampung itu adanya.Riba berleluasa,surau takda,arak dalam tin dijual di mana-mana,sumbang mahram dah jadi kewajiban dan paling teruk..mereka masih taat setia kepada Si Tukang Sihir Prada dan mereka sanggup melakukan apa sahaja hatta mengorbankan anak gadis dan keluarganya untuk menjadi korban si Tukang Sihir Prada itu.Cessss! Cela Si Gergaji apabila mendengar anak gadis juga menjadi korban ( ayat agak macho disitu ).

  Maka bertemulah 3 sekawan itu akan penguasa KBB village itu yakni Si Tukang Sihir Prada.Maka dengan angkuh Si Tukang Sihir itu berkata. “ Aku lihat di dalam mata kalian ada satu cahaya..Adakah kalian mahu menghentikan pemerintahanku? Nah! Aku rasa ini boleh membantu! “ sambil tangannya menuding kearah seekor kerbau..Tiba-tiba kerbau itu bertukar menjadi steak yang sangat banyak dan enak..” Eiiii..ape ni steak kerbau..Hamis!.” Si Api memuncungkan mulutnya tanda protes. “ Takpe,aku punya kesaktian untuk menukar apa sahaja menjadi apa-apa yang kau idamkan.Aku boleh tukar kereta menjadi beca,ayam menjadi Kentucky Fried Chicken dan juga mampu menukar Mak Limah menjadi anak dara pingitan..Mahukah kamu bergabung bersama aku “ Pinta Si Tukang Sihir Prada penuh licik.

  “ Err..Apakah keuntungan kepada kami jika kami mengikutmu “,Tiba-tiba Sang Tukul Besi goyah akan pendiriannya lantaran terpikat kepada tawaran yang diberikan oleh Si Tukang Sihir Prada itu.” Jangan kau tanyakan lagi akan hal itu! Lupakah kamu akan pesan guru kita sebelum kita berangkat ke sini?” , Si Api membentak keras.” Hamba sudah lupa”, jawab Sang Tukul Besi selamber. “ Tok guru kita pernah berpesan ‘ Jauhilah kamu akan sihir itu yakni kenikmatan dunia.Ketahuilah olehmu bahawa sihir itu yakni akan menjadikan kau cintakan dunia, dan cintakan dunia itu adalah kepala kepada semua kejahatan’, Si Api kembali mengingatkan sahabat seperguruannya itu.

  Akhirnya Si Tukul Besi tersedar dari Mimpi Lailanya itu lantas bertegas dengan Si Tukang Sihir Prada itu “ Takkan sekali kali aku menggadaikan kampung ini hanya kerna sihir durjanamu itu.Aku tahu sudah berapa ramai yang tersesat dan lalai akibat penangan sihirmu itu dan aku tidak akan tertipu!Inilah gunanya kami menuntut ilmu sakti selama ini.Inilah masanya untuk kami buktikan keampuhan ilmu sakti kami ini!”. “ Kalau sudah begitu katamu ayuh kita lihat siapa yang menang dan siapa yang akan rebah pada hari ini!”, Si Tukang Sihir membentak keras. “ Ayuh mulakan!” , ketiga-ketiga sahabat itu berteriak keras lantas mempersiapkan kekuda dan elemen masing-masing. “ Iyyaaaaaah!”, akhirnya perlawanan antara mereka pun bermula.Masing-masing menunjukkan kuasa hikmat yang tersendiri.Segala macam kuasa hikmat terpancar daripada senjata dan elemen masing-masing.Tetapi Si Tukang Sihir Prada seakan-akan kebal.Kesemua elemen dan kuasa hikmat 3 sahabat itu seakan tidak mampu menembusi pakaian zirah Si Tukang Sihir Prada itu.
Serangan pertama dimulakan oleh Sang Tukul Besi.Sang Tukul Besi menggunakan elemen peraknya untuk menembusi zirah yang dipakai Si Tukang Sihir Prada tetapi ternyata Sang Tukul Besi terpelantun dan rebah ke bumi.Melihat kawannya lemah terbaring tidak sedarkan diri maka serangan kedua pun dimulakan oleh Si Gergaji.Dengan ketajaman dan kekerasan element besinya, Si Gergaji menetak sekuat hati akan zirah Si Tukang Sihir Prada tetapi ternyata habis tumpul tajam besinya dan patah lah sebahagian bilah pisau elemennya.Tiba-tiba Si Api teringat akan pesan gurunya ‘Api,terkadang kekerasan itu jangan dilawan dengan kekerasan.Begitu juga hati individu yang keras.Terkadang kita harus menawannya dengan akhlak,kelembutan dan kasih sayang untuk melembutkannya’

  Habis sahaja menggunakan teknik mengingat ( memorizing technique ) yang telah lama diabaikan semenjak SPM maka Si Api pun melingkari Si Tukang Sihir Prada.Dipeluknya erat-erat dan kemas tetapi lembut terasa oleh Si Tukang Sihir Prada.Lalu Si Api pun lantas mengaktifkan jurus elemen api.Kobaran api menjulang naik ke awan tinggi.Haba daripada jurus api di dalam pelukan Si Api lantas perlahan-lahan mencairkan zirah yang dipakai oleh Si Tukang Sihir Prada itu.Tiba-tiba “ Arrgggggghhhhh! Panas! Panas! Tolong aku! Toloooooooong!!” bergegar KBB village akan ‘sound effect’ jeritan dan teriakan keras oleh Si Tukang Sihir Prada yang hamper mati kepanasan.Akhirnya dengan kalimah sakti yakni kalimah tauhid maka matilah Si Tukang Sihir Prada tiada tersisa lagi akan harta dan kesaktian melainkan memori silam akan keberadaanya di KBB village itu.Semenjak kematian Si Tukang Sihir Prada maka terhapuslah segala cinta dan sayang akan harta pada hati penduduk KBB village itu.Maka tenanglah penduduk kampung itu dan semenjak itu rezeki datang melimpah ruah ke KBB village itu tanpa disangka-sangka.Maka bertanyalah penduduk di situ siapakah gerangan yang memberikan mereka harta dan rezeki yang melimpah-limpah itu.Jawab 3 sekawan itu selamber " Allah.Allah.Allah "

  
  Akhirnya tamatlah pengajian 3 kawan seperguruan itu selepas selesai menjalankan amanat gurunya itu.Maka pulanglah mereka bertiga ke kampung halaman masing-masing untuk mengajarkan orang kampung mereka akan bahayanya Prada yakni dunia kepada hati dan nurani penduduk dunia.Sekian ~


p/s : cerita di atas mempunyai beberapa simbolik yang amat rahsia..hanya yang mempunyai IQ yang tinggi mampu memahami dan menghadamnya.Enjoy your reading! ^_^

Mar 7, 2011

cikgukah aku?

tengok tajuk kat atas pun, korang mesti da bley agak kan ana amik kos apa sekarang..yup!!..sekarang ana amik kos pendidikan matematik di sebuah universiti tersohor di malaysia..hohoo..(poyos jer ayat)...em, cikgu math kot..bley tahan jugak ana ni kan?..hahahhaha..(lagi 1 ayat poyos)..

actually, ana x bajet pun nak jadi sorang guru..ana x biasa nak berkomunikasi depan budak2 n orang ramai..malu kotttttt...lagi 1, ana x reti nk handle budak2..klu jumpa bdak2 nakal, ana 'sound direct' je..x pun, ana lempang jer..hu3..(jahat tol aku ni)..siyes cakap, ana memang x bley jadi sorang guru..ana ni garang taw time mengajar..(sape2 yang penah belajar dgn ana, mesti setuju dgn statement ana nih..hu3)

tapi tu sume dulu punyer cerita laa..ana taw kenapa ana ditakdirkan tuk jadi sorang guru..sebabnya, Allah nak ana belajar sifat2 sabar..Allah jgk nak bagi peluang kat ana mengutip seberapa banyak pahala yang mungkin bagi menampung dosa2 ana yang b'timbun2 tu..alhamdulillah sgt3 ana diberi kesempatan ini..bukan mudah tuk m'jadi sorang guru..banyak cabaran yang ana harus tempuhi..

setakat arini, beberapa kali jugak ana jadi fesilitator tuk budak2 darjah 6 & tgkatan 3..bila bersama adik2 ni, ana jadi seronok plak tengok cara dorang blajar..tringat plak kenangan2 masa ana jadi pelajar sekolah dulu..kadang2 berapi jugak tengok budak2 yang nakal lam kelas..macam2 ragam yang ana ley lihat..=)

ni budak2 form 3 kat Padang Jawa..

ni budak bijak n cepat 'catch up'

budak 2 org ni, pendiam sgt..hu3

budak nakal lam kelas..^-^




ni plak budak2 darjah 6 kat Sek. Seksyen 4..
ana suh dorang wat props tuk lakonan dorg..jeng3..

adik2 comel ni tgh get ready tuk b'lakon..ha3..(dera dorang)


entah pape la yang dorang lakonkan..tengok je laa..=)




seronok rupanya jadi sorang guru ni..lebih2 lagi bila kita dapat berbakti pada orang lain..ilmu yang kita ada ni, kena la kongsi2 kan..baru la berkat & berkekalan ilmu tu didada..syukur sangat sebab ana pilih kerjaya ni..ana sangat berbangga menjadi seorang GURU..actually, BAKAL sorang guru..heheheh..=)

p/s: thanks ma coz support kerjayaku ini..luv u mom..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SAMPAI SINI JE..HARAP DAPAT TERIMA APA YG DI POST DGN HATI YG TERBUKA..=)