Feb 6, 2013

cinta bukan hak milik

assalamualaikum...hello kengkawan!

Waaaaa... lamanye aku tak update beloggg aku nih.. da berhantu agaknyer.. yelaa, da lebih 4 bulan aku tinggalkan blog aku ni tanpa berita.. walau tak de sape peduli, anggap je macam ade eh.. baru semangat aku nak menconteng kembali lembaran maya ni.. ok dah, ini semuaaa poyoooooo..huhuh..(tetibe teringat tagline johan dalam Maharajalawak Mega)

Arini aku bukan nak bercerita sal Maharajalawak Mega.. bukan juga bercerita sal Makanan.. dan Minuman.. dan tempat2 Melancong vs Melencong.. TETAPI... aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada seseorang yang sudah selamat diijab kabulkan... aku tengok die heppy sangat bile da kahwin..(of kos la heppy kan..tak kan nak sedih plak..ape la aku nih)..walau die penah hadir dalam hidup aku sebelum ni, tapi aku tak de la nak doakan yang buruk2 kat die walau die tak pilih aku untuk jadi suri hidup die..ahaks.. kadang2 aku tertanya2, mudahnyer die melupakan aku.. adakah dengan perkahwinan, kita akan mudah melupakan orang yang kita pernah sayang??.. kalau laa betul camtu, sekarang jugak aku nak kawen..huhuh..juz kidding u'ols

Actually aku bukan nak karang pasal luahan perasaan kecewa aku or what not.. apa yang aku nak highlight kan kat sini adalah 'mencintai tak semestinyer memiliki'.. walaupun kita bercinta dengan seseorang tu bertahun2 lamenyer, kalau tak de jodoh, tak kan kawen jugak kan.. sayang la banyak2 mana pun.. confirm tak heran punyer andai dia bukan jodoh kita.. alih2 orang yang kita tak sangka2 tuuu laa yang akan jadi  suami or isteri kita.. kenape ek??.. pernah tak korang terfikir? soalan ni tak keluar SPM pun..so be cool..=)

Korang mesti selalu sangat dengar 'perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya'.. apa pendapat korang dengan statement ni?..hmmmm.. camne dengan perempuan yang tidak berape baik??.. tak layakkah bergandingan dengan seorang ustaz??.. bagi aku senang je, tak payah nak pening2 kan kepala tuh.. klu kita nak dapat pasangan yang baik, first of all, kita kena la jadi baik dulu.. tak bermaksud kita kena berubah menjadi seorang ustaz n ustazah.. ustazah tak semestinyer harus berpasangan dengan ustaz.. boleh jadi pasangan ustazah adalah drebar lori, pengawal penjara or mungkin jugak seorang bekas banduan..

Andai kata kita bercinta dengan ustaz kononnya tapi kita tak de jodoh dengan ustaz tuh, jangan la bersedih hati.. tak bermakna kita ni tak baik.. mungkin orang lain lebih memerlukan khidmat kita untuk sama2 menuju di jalan Allah yang benar ini.. kita tak tahu apa yang telah Allah aturkan untuk kita.. but we must keep in mind that Allah adalah sebaik2 perancang.. apa yang kita dapat, itu laa yang terbaik untuk kita.. tapi kita tidak harus berhenti memohon dan berharap pada Allah.. adakala Allah makbulkan doa kita dengan cepat dan adakala lambat.. ada juga Allah tidak makbulkan doa kita sebab Dia nak bagi ganjaran yang lebih besar kat kita diakhirat nanti.. so, we shouldn't lose hope and keep blaming on fate if we do not get anything that we want.. aku masih ingat akan satu kata2 hikmah..lebih kurang camni laa:

'Jangan la kedekut untuk memberi kerana semua yang kita beri adalah pemberianNya..'

See?..kita ni tak ada ape pun sebenarnya.. semua yang kita ada sekarang pun sebab Allah yang bagi.. jangan la sombong sangat.. so, pasal 'mencintai tak semestinyer memiliki' ni, tak perlu la nak difikirkan sangat.. yang penting, kita sama2 belajar mencintai Allah dan Rasulullah dulu.. baru la hidup kita akan tenang dan sentiasa mendapat keredhaan Allah..insyaAllah..

p/s: aku pun da tak tahu ape yang aku cakap..so better aku stop dulu.. banyak lagi yang aku nak cite tapi next time la aku update.. insyaAllah aku akan cuba untuk mengisi lembaran maya ini dengan isi2 yang lebih berfaedah untuk aku dan juga untuk kamu kamu kamu semua..mudah-mudahan..aminnn ya rabb..wa out dlu..peace..wassalam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SAMPAI SINI JE..HARAP DAPAT TERIMA APA YG DI POST DGN HATI YG TERBUKA..=)