Dec 14, 2010

cinta tu ape ek?

Cinta....

apa itu cinta?.. apakah dengan ungkapan ‘i love you’ itu sudah cukup untuk menunjukkan cinta? Atau dengan menyerahkan segala-galanya kepada si dia telah menunjukkan bahawa kita benar-benar telah menyinta?..
Golongan muda zaman sekarang telah ramai yang menjadi hamba cinta.. akhirnya bayi2 yang tidak berdosa menjadi mangsa.. alangkah sedihnya..(itu bukan cinta tapi nafsu semata-mata..)
Lantas,apakah itu cinta sebenar?..

emmm..amik masa jap tuk kita sama2 berfikir..(sambil minum air kopi dengan roti bakar)
 .........................................................................


ok,biar ana yg mulakan bicara (anta sume teruskan la berfikir smbil mata tertumpu pada skrin kmputer ).. bagi ana,cinta itu ibarat sebiji buah durian.. diluar ia berduri tapi didalam ada isinya yang cantik molek & sedap untuk dimakan.. duri itu umpama cabaran ketika mencari cinta.. susah untuk kita menemukan cinta yang sebenar.. sebab itu banyak cinta yang terputus di tengah jalan..(yang da kawen pun bley bercerai berai..kn?).. apabila kita sudah menjumpai cinta sebenar,ianya ibarat isi2 durian.. sungguh sedap lagi lazat apabila dimakan..=)
cinta itu amat penting dalam kehidupan  kita.. dengan cinta,kita mengenal erti kasih sayang.. cinta merubah diri kita menjadi orang yang paling romantik di dunia ini..cinta juga dapat membuat kita menjadi orang yang paling ‘bodoh’ di dunia.(bukan bodoh lam  pelajaran  ok.. IQ yang  tinggi amat di perlukn untuk memahami perkataan 'bodoh' itu..=))..

tapi,ada lagi cinta yang lebih agung daripada itu sume.. cinta itu mengajar kita akan erti kesabaran,keikhlasan,pengorbanan & hikmah pada memberi.. cinta itu tidak pernah meninggalkan kita & membiarkan kita keseorangan.. ia selalu ada untuk kita.. sungguh indah cinta itu.. ia kekal buat selama-lamanya.. cinta agung itu adalah cinta pencipta kita,Allah swt.. 
bila kita menyintai allah, dengan mudah kita akan mendapat cinta yang lain.contohnya,cinta ibu bapa,adik2,kwn2 & lain2..

ana ada sebuah puisi taw..ana karang khas buat bakal kekasih ana..amik la sikit masa tuk baca..=)


Nota buat sang kekasih

Wahai kekasih hatiku,
Mahukah kamu bersamaku,
Melayari hidup yang penuh berliku,
Dan berbatu-batu.?

Wahai kekasih hatiku,
Aku amat menyintaimu,
Sepenuh jiwaku,
Apakah kamu juga begitu.?

Wahai kekasih hatiku,
Tahukah engkau bahawa cintaku hanya satu,
Bagaimanakah harus aku memberikan cintaku padamu,
Sedangkan cintaku hanya untuk penciptaku..
Ketahuilah sayangku,
Aku tidak mampu berbuat begitu..

Wahai kekasih hatiku,
Mahukah kamu mengikutku,
Menyintai pencipta yang satu,
Dengan sepenuh jiwamu.?

Dengan cinta agung itu,
Diriku & dirimu akan bersatu,
Hati dan jiwa kita juga akan menyatu,
Tanpa ragu-ragu,
Insya’allah sayangku..


itu la pengertian cinta buat ana..bagi anta2 sume pulak camne?..tentu ada bermacam2 definisi.kn?..tapi itu sume tidak penting..yang penting,kita kena pandai menjaga diri kita & tak jadi hamba pada cinta..tapi sebelum mencintai yang lain,cintai la diri kita dulu..hanya selepas itu,baru kita taw menghargai cinta yang sebenar..semoga berbahagia semua..=)




p/s: cinta kepada  manusia hanya sementara tapi cinta kepada allah,kekal buat selama-lamanya..

Dec 9, 2010

Mencari Sang Peluang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pengunjung dan pelawat blog ini..semoga kalian sihat dan baik sahaja hendaknya..Baik & sihat agama dan juga fizikal..Camne tu sihat agama?Maksudnya masih mengaku Allah lah Tuhan Sekelian Alam dan Hanya Dia lah Yang Layak Disembah..dan mengaku bahawa Nabi Muhammad saw sebagai suri teladan merangkap Pesuruh Allah..subhanallah..


Mungkin kali ini ana cuma ingin berceloteh pendek sahaja..Maaf ye andai ada yang merindui ana ( yeke?hehe )..ana agak sibuk kebelakangan ini..Jadi maaf la ye..


Kali ni ana nak ulas PENDEK mengenai PELUANG..Waaaaaah ( kalian dengan mulut ternganga menunggu ulasan pendek tersebut )


Ana taknak cerita apakah itu peluang kerna ana dah tahu mungkin ketika nenek kalian masih berumur 40-an dan ketika kalian masih lagi menghisap ibu jari kaki kiri kalian sudah tahu apakah maksud dan erti sebuah PELUANG..kan? ( pada yang masih agak konfius dan bengap sila layari wikipedia atau kamus dewan )..


Jadi ana disini nak bagitahu kalian bahawa..PELUANG adalah seperti apa yang akan tertera di bawah..


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::
:::::::::::
::::::
:::
::
:
.
.


( dah hilang kan?)






so PELUANG ni pun seperti "titik-titik" yang kalian lihat di atas,ianya akan HILANG jua..BAGAIMANAKAH ITU MUNGKIN???


Sebab..Jangan ditunggu peluang mendatang..kerna ia pastinya akan HILANG..Tetapi CIPTALAH peluang..carilah ia di waktu sulit,di dalam kegelapan,di celah kegembiraan,di dalam kebahagiaan.nescaya PELUANG itu sentiasa ADA!!    Ya....   A.D.A!   Ianya ada di mana-mana..Hanya manusia lah yang berselindung di sebalik Alasan untuk menutup Kemalasan!ingat,ianya sentiasa ada..Seperti ini.......................................................................................................ya,titik ini akan terus bersambung andai ana berusaha untuk menyambungnya.. ( tetapi ana pun  malas nak sambung jadi ana 'stop' je kat sini ).




Note : Carilah PELUANG berlandaskan keImanan dan keTakwaan ye kawan-kawan. =)

Dec 7, 2010

nukilan terhangat di pasaran



PANGLIMA PANJI CAHAYA

Kusamnya seisi kota yang dulunya bercahaya..
gelap dan malap..
membuat sekalian ummat di dalam terus terlelap..
 kota yang kononnya cetusan revolusi..
tetapi jumud segala hati..
hidup bernafas tetapi dalamannya mati..
megah berdiri tetapi kosong inti..

Di mana kota bercahaya yang kami nanti?
di mana perubahan yang kau janji?
deruan bisikan yang terus sepi..
hanya bisikan halus yang terus menerus meredakan kebangkitan kami..
kenapa kalian bahagia sendiri?
di mana rasa benci akan kusamnya peradaban bumi ini?
di mana cahaya yang dijanji?
hati itu terus terkunci..
rapat seakan berjeriji..

Mungkinkah...
mungkinkah akan datang seorang Panglima Pembawa Panji Cahaya..
bercahaya lingkungannya,matanya,hatinya..

Kamukah yang akan menghijrahkan seisi kota? Kamukah?
Kamukah??



- Salam Maal Hirah -


Oct 20, 2010

Kanda..jangan tinggalkan dinda..

Wah3!
Tajuk yang agak kontroversi ye kali ni..Mungkin mengundang gelak ketawa ataupun mungkin korang terjiwang abiss menengok tajuk pelik jiwang karat entry ana kali ni..Ana mengaku ana sekarang di ambang kesedihan ( bukan sebab bulan mengambang ) di atas sebab yang amat rahsia dan ana percaya korang takkan tahu kenapa ana sedih..KeNaPa?? Sebab ia rahsia la beb!Kalau tak rahsia dah lama ana kecoh satu dunia!Wakaka eh eh!

Mesti korang ( dah taknak guna antum sebab ada orang tak suka ana skema! ) akan sedih gilerrr apabila ditinggalkan kan?Korang ingat tak dulu masa kecik-kecik ketika korang masih tidak mengerti bahawa tahi hidung itu masin dan ketika korang masih tak mampu lagi membezakan tahi korang sendiri dengan biskut Chipsmore,korang ditinggalkan emak ayah kat taska atau tadika?? mesti sedih kan? kan? kan? itu disebabkan korang BELUM MENGERTI dan MEMAHAMI kenapa korang ditinggalkan..btol tak? Ada yang mempertikai takkan la masih tak boleh mengerti dan memahami..ana pun jawab ' cik akak dan encik abang oii,dulu nak beza biawak komodo dengan lembu susu pun mustahil apatah lagi nak mengerti dan memahami benda yang langsung 'tak tercapai dek akal' dan pancaindera anak kecil..ish3 ( sambil gelak ).Padahal ibu dan ayah kamu tu tidak meninggalkan kamu,tetapi mereka 'titipkan' dan 'kirimkan' kamu kepada seseorang yang dapat menjaga kamu dengan lebih baik ketika mereka bekerja..Itu untuk kebaikan korang juga.KAN3?

So ana nak berseru la kepada aweksss awekss dan balakss balakss diluar sana yang ditinggalkan pasangan masing-masing untuk cuba kembali merenung teks di atas.............2 minit.......3minit...........ok!dah cukup la tu merenung..Jadi,untuk pengetahuan korang semua,posisi korang semua sekarang ni adalah seperti anak kecil itu..korang akan merengek-rengek kesedihan dan meraung-meraung ( juga dalam kesedihan ) kerna merasakan ia patut kerna memang ditinggalkan pasangan itu satu kesedihan..Kenapa korang sedih??? itu disebabkan korang BELUM MENGERTI dan MEMAHAMI kenapa korang ditinggalkan..btol tak?

Ok..memang la korang ditinggalkan pasangan atas bermacam-macam alasan..ada yang curang ada yang gediksss ada yang mata keranjang,ada yang terlalu asyik dengan game bola keranjang dalam PSP sampai lupa nak sms 'gud nite' kat aweksss!YA!memang bermacam-macam ragam alasan dan sebab munasababnya..tapi apakah 'PERINGATAN' dan 'HIKMAH'  yang disisip dan diselit dalam setiap yang berlaku tu??maksudnya ( untuk yang IQ tinggi sahaja ) 'pesanan-pesanan' Tuhan dalam setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita ini..seperti maksud kata-kata seorang Hukama' 'Setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah cara Allah mengajar manusia secara langsung,jika kita tidak dapat melihat hikmah dan pelajaran dari kejadian-kejadian yang berlaku itu,ini kerna pendeknya akal dan mati hati kita'..So what???

Jadi,begini...sebenarnya,tanpa pasangan korang sedari,mereka tinggalkan korang tu adalah bermaksud mereka telah 'titipkan' dan 'kirimkan' kamu kepada yang lebih berhak untuk menjaga kamu..korang perasan tak selama korang bersama mereka ada tak korang BERASA SELAMAT andai ketika korang 'kapel' tu korang akan mati dengan selamat tanpa disiksa??? ( dimasukkan sound efek bunyi petir dalam kubur )..tipu la kalau takde kan?kan?mesti jauh di sudut hati korang berasa bersalah tapi dek kasih sayang yang kononnya menggunung tinggi dan cinta sampai mati ni korang pun ignore perasaan bersalah itu,betol tak?jangan tipu..tepuk dada tanya iman,tanya ustaz,tanya ulama'..ok?

Jadi korang sedih tu sebenarnya itu disebabkan korang BELUM MENGERTI dan MEMAHAMI kenapa korang ditinggalkan..btol tak?Jadi sekarang dah jelas kan korang ditinggalkan itu sebab dengan dengan penuh Cinta Yang Maha Agung Allah nak korang tahu bahawa hidup bersamaNya lah yang paling selamat.Korang akan dijaga penuh kasih sayang yang Maha Kasih..korang akan dicintai yang Maha Cinta..dan korang akan diredhai yang Maha Mengasihi..yang penting patuh suruhanNya..jauhi laranganNya ( benda-benda haram )    wallahua'lam..


Note : Walau berbagai alasan korang ditinggalkan tetapi mesejnya cuma satu,KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN,inilah sebaik baik tempat kembali.Pulanglah sebelum ajal menjemput pulang. =)

Oct 12, 2010

Suka fikir sangat, Nah!

Kali ni bukan nak tulis panjang-panjang,cuma nak ajak kawan-kawan,teman-teman,sahabat-sahabat dan rakan taulan untuk menghayati makna dan maksud perkataan ni " Jom amati,fikir dan zikir "..

Nak suruh amati,fikir dan zikir ape??




.........................
..................
..........




Nampak tak titik-titik kat atas ni?

antum :

1.errr...ko ada masalah mental ke?dah makan paracetamol?
2.nampak la..nampak kepelikan soalan kau! HOHO!
3.owhhh..nampak..so??

Ok..Penampakan titik-titik itu tadi merupakan tanda bahawa memang antum boleh melihat!
Bagi yang boleh nampak dan lihat ( tak kira nampak kebodohan soalan atau kebodohan diri sendiri ), pernah tak terlintas di benak fikiran ( walaupun IQ rendah ) dari manakah asal kejadian penglihatan?Kenapa kita boleh melihat?untuk apa diberikan daya untuk melihat?

Ya,ada makna disebalik kewujudan daya dan upaya untuk melihat!
seperti juga kita 'membuat'  teleskop dan mikroskop,benda-benda tersebut di'buat' untuk keuntungan dan kemudahan untuk manusia.Jadi benda tu dibuat dengan tujuan dan matlamat di'buat'kannya..
Sepeti juga terCIPTAnya mata.Adakah ianya satu ciptaan yang tiada tujuannya?Adakah mata itu sekadar dihadiahkan kepada kita untuk dibawa ke mana-mana dan berbuat apa sahaja sewenang-wenangnya?

Cipta = DIADAKAN tanpa contoh dan bahan mentah.*
Buat = BUAT daripada bahan mentah yang telah wujud di dunia.*

* dalam konteks makna 

Seperti juga orang yang ingin mengetahui makna dan tujuan pembuatan teleskop dan mikroskop.Pada siapa harus kita tanyakan untuk apakah diciptakan keduanya itu?Ya,tentu sekali pada PEMBUAT teleskop dan mikroskop tersebut! Seperti juga mata.Pada siapa harus kita tanyakan untuk apakah diciptakan kedua belah mata tersebut?Tentu sekali ditanyakan pada PENCIPTA mata itu sendiri!Jangan sampai kita menggunakan ciptaan dengan menyalahi keinginan Pencipta mata itu sendiri!

Bagaimana?
Buka Kalam-Nya, Al Quran yang kebanyakannya disimpan di laci meja ataupun di dalam rak yang telah kuning halamannya.Di sana terhidang beribu jawapan yang jiwa kalian inginkan!Mulakanlah kematangan fikiran dan jiwa kalian dengan berfikir kenapakah kita diwujudkan?Untuk apakah kita diciptakan?Kemanakah pengakhiran kita nanti..adakah berjaya memenuhi keinginan Pencipta ataupun mati kita cuma menjadi santapan ulat dan membusuk di dalam kubur sahaja?



Note : entry kali ini untuk individu yang bakal menjadi mayat sahaja.Orang paling BIJAK adalah orang yang paling banyak ingat mati ( sebab dia mesti dah sedia untuk kehidupan 'alam sana'.Bukan macam orang BODOH ( orang langsung tak minat nak tahu bahawa dia akan jadi SI MATI akhirnya ),mereka langsung tak sedia.Tengok-tengok tiba-tiba je dah ada dalam neraka!Bodoh tak? Nauzubillahi min zalik...
          

Oct 10, 2010

Cinta Sampai Syurga

Luahan ini untuk bakal suamiku..semoga nukilan ikhlas ini mampu menjadi renungan kita bersama..bukan sekadar renungan yang jauh dari makna dan rasa..Tetapi renungan yang penuh rasa di jiwa dan diterjemahkan melalui kata-kata dan perbuatan yang nyata..Terimalah Cinta Sampai Syurga..untukmu kanda..

Ku tahu mungkin kita tiada pernah bersua muka..
mungkin juga kita selalu meluahkan rasa..
cuma ianya bergema jauh di sudut jiwa..
kerna kau bukan milikku yang nyata..

Kanda..
ketahuilah bahawa dinda..
akan dan sedang mencintaimu sepenuh rasa..
rasa bahawa kau adalah lelaki yang akan menjadi suami sepenuh masa..
ketua keluarga dan juga seorang bapa..
ketahuilah yang ku damba..
bukanlah sosok suami yang sempurna..
cukuplah kau menuntunku mengenal siapa Pencipta Dunia..
membimbingku mengenal dosa dan pahala..
hukum dan segala urusan agama..
dan yang mengetahui bahawa bermuamalah secara baik kepadaku adalah juga tuntutan agama..
dan mengerti bahawa aku ini adalah amanah dari orang tuaku..
dititipkan kepadamu untuk mengambil alih kuasa jasadku dan juga jiwa..
Saat lafaz sakinah itu bergema!

Kanda..
ketahuilah bahawa janji dinda..
adalah mentaatimu sepenuh masa..
dari bermulanya waktu hingga ke penghujung usia..
akan selalu memikirkan peranan diri dari sekadar memikirkan hak sendiri yang belum terpenuhi..
kerna ku tahu memberi adalah wasilah terbaik mendapatkan kesempurnaan hak diri..
kerna memberi itulah lebih berarti..
daripada menuntut dan memaksamu memberi ganti..
kerna ku tahu kau bukanlah seorang suami yang tidak memenuhi hak isteri..
cuma kanda terkadang terleka dek perjuanganmu untuk kami..
aku janji untuk mengerti..
kerna membahagiakanmu bererti menuju kebahagiaan 'kami'..
kerna kau lah sebahagian 'kami'

Semoga..
cinta dinda untuk kanda bukan cuma di dunia..
melainkan cinta dunia ini secebis dari kesediaanmu menuntunku menuju cinta hakiki..
iaitu Cinta di Syurga Firdausi..
ameen Ya Rabbi..

Oct 8, 2010

Luahan cintaku..

Ya..disini ana coretkan sedikit bait-bait cinta..semoga cinta yang masih tersisa di hati dan sanubari ini takkan ditelah ganas lautan cinta dunia dan segala isinya..

Cinta ini lah yang ku rindu..
Cinta ini yang memang amat ku perlu..
Inilah cinta aku padamu..
Wahai baginda Nabi yang aku rindu..
selawat dan salam ku curahkan padamu..
moga tidur dan jagamu di sana tiadakan pernah melupakanku..
ku tahu ku selalu meninggalkan ajaran agamamu..
ku juga selalu mengendahkan urusan agamamu..
alpa akan laranganmu..
kerna rapuhnya iman dan rasa cintaku padamu..
mudah mengikut telunjuk dunia dan nafsu..
sehingga terkadang aku terus melupakamu..
walau ku tahu suatu ketika dahulu..
pernah kau menangis tersedu..
kerna rasa rindu akan kami datang bertamu..
merindu kami yang belum dilahirkan ibu..
merindu kepada yang amat menderhakaimu..
tetapi tiadakan pernah kau mendoakan kecelakaan bagiku..
kerna itulah dasyatnya cintamu padaku..
ku rindukan mu wahai baginda Nabi guru segala kalbu..

Oct 7, 2010

jom JULINGkan mata

Eerrrr...getus hati ana "sendirian" ( kerna tiada istilah getus hati secara berjamaah ) apabila cuba nak huraikan tajuk entry kali ni..agak berat bagi ana khususnya..dan jugak amat berat bagi minda ana umumnya..mungkin antum semua pernah melihat insan-insan yang bermata juling dan antum mungkin agak konfius ketika mereka yang bermata juling memandang antum..kenapa? kerna cara insan-insan bermata juling memandang dan melihat agak berbeza berbanding cara memandang dan melihat insan-insan yang bermata normal..Kadang-kadang apabila mereka melihat antum ketika antum sedang berbicara seakan-akan mereka melihat aweks atau bini antum di tepi.Ini boleh mengundang rasa kurang selesa dan ana seolah-olah boleh membaca hati antum berkata 'Bro,nak usha pun rilek-rilek la..Jangan la depan-depan bro..nak ke aku terbitkan novel 'Kakiku di korneamu' ?
ana : errrr..no komen.

Opsss!Pembetulan dan pemberitahuan!
Ana nak tulis kat sini bukan lah tips bagaimana cara memandang awek orang dengan buat-buat juling dan ana bukan juga cuba mengajak antum berkapel untuk membuktikan bahawa orang juling sentiasa memandang awek antum!

Tapi kat sini,ana cuba nak antum memandang sesuatu dari sudut yang lain..dari posisi yang lain..dari sisi yang lain..seperti juga orang juling.mereka tetap memandang tetapi seakan-akan mereka memandang ke arah lain ketika memandang ke arah yang juga lain ( tips : untuk memahami ayat ini memerlukan antum mempunyai IQ yang tinggi ).Tapi ana bukan nak antum julingkan mata fizikal tu..tapi ana disini nak antum cuba men'juling'kan mata hati antum itu..sekali lagi,MATA HATI antum tu!

How? Camne? Gimana?

Mungkin untuk menerangkan secara detail memerlukan antum menghabiskan separuh dari sisa hidup antum untuk membaca tulisan-tulisan dan penjelasan ana tetapi disini ana cuba memberi beberapa contoh supaya mudah untuk difahami dan di'hadam'.


OK..contohnya antum adalah seorang tukang beca yang berumur 48 tahun,bekas pesakit angin ahmar,mempunyai 2 orang isteri dan 2 bakal madu kepada 2 orang isteri antum tersebut dan antum juga dulunya bekas askar. ( maaf,biodata tukang beca tersebut tiada kena mengena dengan entry ini ).Pada suatu hari yang suam-suam kuku,antum dengan gembiranya mengayuh beca untuk mendapatkan sesuap nasi kepada bini-bini antum tersebut.Maka tanpa diduga tiba-tiba BOMMMMM! ( ditambah sound efek bunyi guruh )..Tayar beca antum pancit rupa-rupanya terkena serpihan botol di jalanan.maka dengan slamber antum mengeluarkan bicara 'sopan' antum tersebut ' Laknat punya botol!Penat-penat aku cat rim tayar beca aku ko bocorkan camtu je!nasib baik ko tu botol!kalau ko bernyawa dah lama aku tempeleng free!'

Ok.perasankah antum cara tukang beca tu memandang adalah :
1.Semua salah si botol.Dah la botol.menyusahkan pulak tu.
2.Kecewa yang amat dengan si botol
3.Rasa nak lempang si botol

Cara si botol memandang :
1.
2.
3.

Maaf..botol takde akal.

So what?!
Adakah ini cara berfikir dan 'memandang' yang betul? Perasankah bahawa telah lama kita memandang dan berfikir dengan cara persis cara berfikir si tukang beca?!!

Bagaimana nak 'julingkan' mata hati untuk berfikir dengan cara yang betul?
jom kita lihat apakah yang sepatutnya diucapkan oleh si tukang beca tatkala dilanda masalah tayar bocor.

Pada suatu hari yang suam-suam kuku,antum dengan gembiranya mengayuh beca untuk mendapatkan sesuap nasi kepada bini-bini antum tersebut.Maka tanpa diduga tiba-tiba BOMMMMM! ( ditambah sound efek bunyi guruh )..Tayar beca antum pancit rupa-rupanya terkena serpihan botol di jalanan.maka dengan slamber antum mengeluarkan bicara sopan antum tersebut ' Subhanallah..Alhamdulillah..syukur yang pecah tu cuma tayar.Camne ye kalau yang bunyi booom! tu tadi adalah bunyi kepala aku pecah dilenyek lori kayu balak?Maha Suci Allah yang menyelamatkan aku..Mungkin Allah nak ingatkan aku bahawa sebagus-bagus tayar yang dicipta manusia untuk bertahan dengan kaca pun boleh pecah apalagi aku yang memang dicipta untuk merasai mati.Inilah ingatan dari Allah..Subhanallah..

Jadi cara 'juling' tukang beca tersebut memandang adalah :

1.Pecahnya tayar adalah peringatan dari Allah
2.Bersyukur kerna hanya rim tayar yang berterabur,bukan otakknya yang berterabur dilenyek lori
3.Bersyukur diberi peluang hidup

Disini ana ada kutip maksud salah satu kata-kata hukama' :  'Setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah pengajaran secara langsung dari Allah kepada hambaNya.Jika manusia itu gagal untuk memahami hikmah dan maksud pelajaran itu kerna pendeknya akal dan mata hati kita'

Wallahua'lam..

Sep 27, 2010

HANTU!

Haa,kali ni ana cuba nak menjelmakan elemen seram yang mungkin antum tunggu selama ni..Bagaimana anti nak timbulkan elemen seram sedangkan ana tengok muka dan cara penulisan anti ni macam anti ni seorang muslimah yang lemah lembut dan bencikan keganasan dan keseraman? ( ni kononnya pertanyaan antum kepada ana la ).

Ok,sabar..sabar..sabar..( ana yang tak sabar sebenarnya ni! hOhO! ).

Kali ni ana nak bercerita perihal HANTU! Waaarghhhhhhhhhhhhh! ( bunyi teriakan sebahagian pembaca dan bunyi tapak kaki bertempiaran lari menyembunyikan diri dari laptop masing masing lantaran kengerian dan keseraman yang amat sangat! ). Ngeri kan?

OK.untuk lebih seram jom kita berkenalan dengan encik hantu ni dulu.adakah hantu ni sejenis entiti yang kehilangan identiti ataupun mungkin juga beliau adalah nama ataupun gelaran kepada seseorang,contohnya : Mat! Ko ni tido je,PEMALAS cam HANTU la ko!.
Mengikut WIKIPEDIA,hantu dalam konteks Islam adalah.....( kejap ye,nak copy dari wikipedia jap )...
Haa,dah jumpa!
 Menurut Wikipedia : Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.


Sekarang,kita highlightkan perkataan ' merupakan jin yang mengganggu manusia '  dan ' menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah sesama manusia'.


Jadi kesimpulannya HANTU ni adalah : merupakan jin yang mengganggu manusia '  dan ' menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah sesama manusia'.


antum :
1.weiii anti,mana kengerian yang dijanjikan?langsung tak ngeri la beb!
2.hahahahaha! ni nak promote hantu ke promote Wikipedia?
3.Seramnyerrrrrr! ( ni kes lemah semangat la ni )


kawan2,sabar ye.lepas baca ni korang akan ngeri yang amat sekali!


untuk lebih ngeri jom kita kenal diri kita dulu apakah yang membuatkan kita berasa seram sejuk tatkala mendengar perkataan hantu hingga ada yang sanggup tido bawah ketiak mak walaupun ketika itu mak beliau  berumur 64 tahun dan beliau berumur 30 tahun! ( ada ke kes macam ni? )Siapakah kita ni yang takut hantu sampai camtu sekali? 
Mengikut sumber yang ana percayai ( dah taknak copy paste Wikipedia sebab takut antum cakap ana promote Wikipedia ) , kita adalah manusia akhir zaman..
Manusia akhir zaman merupakan manusia yang suka mengganggu keimanan orang lain dan menyesatkan iman manusia dengan merosakkan akidah sesama manusia..


sekarang kita highlightkan perkataan ' merupakan manusia yang suka mengganggu keimanan orang lain ' dan ' menyesatkan iman manusia dengan merosakkan akidah sesama manusia '.

Jadi kesimpulannya kebanyakan KITA ini adalah : merupakan manusia yang suka mengganggu keimanan orang lain dan menyesatkan iman manusia dengan merosakkan akidah sesama manusia.


Ok,pakat-pakat tengok sini ye sahabatku.


hantu : merupakan jin yang mengganggu manusia
manusia kini : merupakan manusia yang suka mengganggu keimanan orang lain


ada lagi..


hantu : menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah sesama manusia
manusia kini : menyesatkan iman manusia dengan merosakkan akidah sesama manusia


SAMA tak???????? tips nak lihat persamaan : cuba pejam mata,bukak mata hati dan lihat diri sendiri.


Antum : 


1.laaaaaaa,kenapa plak kita ni manusia yang suka mengganggu keimanan orang lain?aku tak pernah ganggu hidup orang.kalau nak dah lama aku santau jiran aku! memekak je kije!
2.apa maksud  menyesatkan iman manusia dengan merosakkan akidah sesama manusia ' ??


ok2..camni..betol antum konfirm tak pernah ganggu keimanan orang lain?ok,meh sini nok kabo ( kan dah keluar loghat Terengganu ana ).contohnya antum sebagai kaum Hawa suka pakai ketat ketat.bonjol sana bonjol sini.lurah dendam sana lurah kegelisahan sini.lenggok ayu sana lenggok sayu sini.tak ke semua tu meruntuhkan iman kaum Adam? Tak ke semua tu ' merupakan manusia yang suka mengganggu keimanan orang lain'.SAMA tak? Begitu juga kaum Adam..sama je! ( malas nak tulis,sakit belikat taip panjang-panjang,cukup antum dah faham )


ok,maksud menyesatkan iman manusia dengan merosakkan akidah sesama manusia pulak adalah apabila antum menyebarkan sesuatu ilmu yang antum sendiri tak pasti kebenarannya.takut takut jadi menyeleweng je.tu la yang tiba-tiba timbul KERAJAAN LANGIT AYAH PIN tu..nanti anak cucu cicit kita pulak ntah timbul kerajaan apa ntah.mungkin kerajaan BUMI,kerajaan PAKATAN RAKYAT ( opss! terpolitik! ),kerajaan TIMUR,BARAT,TENGGARA,KUTUB SELATAN,ALASKA dan macam macam la kot!!! ( bukan mendoakan ye,ni ayat SINDIRAN ).


jadi sebelum antum cuba nak halau hantu-hantu yang menakutkan tu dengan bacaan Yasin dan ayat Kursi lebih baik antum terlebih dahulu menghalau HANTU DALAM DIRI antum sekalian terlebih dahulu.Senang je nak halau hantu tu.Ikut ajaran Al Quran dan ikut je Sunnah Nabi ( dari hadith baginda ).Bergaul lah dengan orang-orang soleh sebab sapa sapa yang memang memendam 'kehantuan' tu akan 'terBaKorrr' la bila dekat dengan orang-orang soleh dan alim ni.


Ngeri yang sebenar ialah apabila antum tak mampu membuang 'kehantuan' tersebut daripada diri antum semua,maka jadilah antum bahan bakar dalam api neraka! ( ayat peringatan,bukan doa )..nauzubillahi min zalik.
kalau lah neraka pun antum tak rasa ngeri maka ada baiknya korang jangan rasa ngeri langsung dengan hantu dan puaka yang berkeliran di sekeliling antum tu!


jadi JOM sama-sama beramal! Tukarkan PENGETAHUAN kita kepada TINDAKAN! ana doakan antum dan ana sendiri.aminnn.

Sep 24, 2010

Jom berkenalan PART 2 ( SIAPA KAMU? )

Please continue your reading here..

Chewaaaah! Ayat kat atas macam la ana ni minah saleh!hehe..tapi ana tak risaw kerna antum semua dah kenal siapa ana sebenarnya ( rujuk 'previous entry' ) kan?so sekarang ana nak la jugak berkenalan dengan antum semua.Jadi kerana menyedari yang hanya ana mampu edit entry blog ini ( lawak agak bebal di sini ye ) jadi ana secara rela hati merelakan diri untuk memperkenalkan diri antum kepada ana sendiri la ye. ( ayat nak mintak izin sebenarnya ).boleh x? ( sambil mengharapkan jawapan antum bukanlah 'Boleh je awak, boleh blahhhhh! ' ).

ANTUM sebenarnya adalah saudara ana.HAHHHHH! ( reaksi muka antum sambil berkerut kerut dahi dan menjelirkan lidah menahan kekeliruan jiwa dan sanubari ). Kenapa nak keliru? Ya,ana ni saudara antum.Bersaudaranya kita kerana kita semua anak cucu wasilah keturunan Nabi Adam a.s.BUKAN seperti dakwaan Darwin bahawa kita ni berasal daripada makhluk berDNA binatang atau bahasa Terengganu pekat ana menyebutnya MENATANG! ( sambil hati kecik yang agak jahat ni berbisik 'Encik Darwin,seandainya nenek ko tahu benda ni konfirm menangis tak henti-henti 7 hari 7 malam ni, alangkah bagus cara ko memuliakan keturunan ).

Hurmm ( masih dalam mood nak kutuk encik Darwin )..

Wakakaka Eh! Eh!
ke mana la ana meracau ni?ok2,kembali kepada tajuk asal.Sebenarnya bersaudaranya kita semua yang paling benar kerana kita sama-sama MENGAKU sama-sama BERSAKSI bahawa Allah lah Tuhan Yang Sebenar Benarnya.Tiada Yang Layak Disembah Melainkan Dia SAHAJA.kita juga sama-sama BERSAKSI bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Allah.

Mulianya persaudaraan antara kita yang dijalin bukan kerana mulianya kesamarataan DNA yang mengikat ikatan darah kita,bukan juga kerna samanya molekul-molekul yang mengalir dalam jasad kita tetapi mulianya persaudaraan kita kerana ianya terikat oleh satu ikatan teguh dan kukuh bernama IMAN.

Satu ikatan
Satu persaudaraan
Satu tujuan
Satu haluan
Atas nama satu kesamaan
Jalinan bernama IMAN

Sep 22, 2010

JOM berkenalan! ( AKU,DIA & KAMU )

  Berjumpa lagi kita kali ni ye..haaa,terima kasih kepada yang sudi 'menziarahi' blog ana yang serba cacat dan cela ni.Mungkin ada antara kamu kamu semua (macam la ramai baca blog ni )  yang masih belum kenal siapakah penulis blog 'wardatul ahmar' ni.Bunyi macam ala ala Arab ( memang bahasa Arab pun {kui3} ), orang Arabkah penulis ini?ahmar tu macam bunyi penyakit angin ahmar je.Penulis ni pesakit angin ahmar yang sedang mencari publisiti murahankah lantaran ketiadaan upaya nak 'mengayat' lelaki secara ' LIVE ' ??

wakaka eh eh! SALAH jawapannya kalau anda nak tanya soalan camtu ( walaupun ana tahu antum takkan la nak tanya soalan sengal camtu  ).Ok,jadi untuk mengeratkan ukhwah sesama kita jom ana perkenalkan diri ana dan antum sekalian juga! ( jeng3,muzik seram berkumandang ).

ANA adalah seorang perempuan yang cuba nak jadi solehah ( ayat skema lantaran dan berapa kali ana sebut sebut tapi tak makbul makbul lagi ,ehhh..bukan ke kata kata itu DOA??? )..insyaAllah jawab hatiku..
ana juga adalah seorang pegembara yang masih cuba mencari kebenaran dalam kehidupan walaupun kebenaran tu kerap kali singgah di benak fikiran tetapi lantaran 'bengap'nya fikiran maka banyak kebenaran telah ana siakan.KENAPA? kerana ana susah sangat nak TUKARKAN PENGETAHUAN KEPADA TINDAKAN!

adakah antum semua begitu?

jawapan hati ana : takkan la antum begitu, tahu NERAKA tapi dahagakan DOSA.tahu SYURGA tapi susah nak tinggal kenikmatan DUNIA.dah tahu nak MATI tapi ketagih DUNIAWI macam makan MEGGI. Takkan la antum begitu???

siapakah antum semua?? ( jeng3,memang muzik seram ni takkan boring untuk berkumandang )

jawapannya..to be continued..

3 persoalan cinta

Apa tu cinta?

Cinta ialah pabila tiba saat kata tiada lagi dapat mengupas rasa
Apabila bait bait cinta menguasai jiwa
Dikala hati senang melagukan irama
Walaupun sulit mengungkapkan walau satu makna..
Cinta antara dua jiwa
Hendaklah melalui jalan sempurna
Yang telah ditetapkan Pencipta
Bukan sekadar meredah lautan tuju dan hala
Tanpa pedoman tanpa ikatan tanpa penunjuk jalan baginya
Bahkan ianya kesesatan yang sempurna
Andai sekadar bahagia tetapi jauh dari hidayah Pencipta cinta,
Sang Pencinta..


Apa itu romantik?

Romantik mampu menggugah hati dan jiwa
Mampu menundukkan ego dan nista
Romantik ialah tatkala kamu mampu menghasilkan getar rasa
Walau sekelumit terdetik di dasar jiwa si penerima
Memberi tanpa henti
Mengasihi tiada terperi
Melindungi tanpa jemu
Memerhati penuh rindu

Tetapi bahkan segalanya hanyalah kesesatan sempurna
Andai terpesong matlamat dan hala tujunya
Tiada kesempurnaan bahkan kecacatan semuanya
Andai tiada bimbingan dalam mengolah makna dan caranya
Tertipu dalam khayalan bisikan hati dan mimpi
Seolah olah cinta manusialah matlamat abadi
Seakan tiada neraka, syurga dan titian sirat yang menanti
Tiadalah cinta itu melainkan alat untuk kehidupan yang hakiki
Hanyalah ianya alat semata bukanlah matlamat utama wahai teman- teman yang dikasihi
Sedarlah dari mimpi-mimpi
Seperti bangkitnya kamu dari kuburan nanti..


Apa itu rindu?

Rindu ialah satu desakan kalbu
Dalam deraian rasa kemahuan yang pilu
Mahu dan sendu disegerakan bersatu
Desakan memiliki menatap merawat walau tiadakan pernah bertemu
Hanya berpegang pada janji -janji yang seakan- akan palsu
Tetapi tiada si perindu peduli akan semua itu

Tetapi bahkan segalanya dalam kesesatan sempurna
Andai rindunya bergema membutakan segala
Membutakan segala rasa
Segala kebenaran dipersia
Seakan Pencipta segala rindu hanya syarat kedua
Dalam mendapatkan cinta dan rindu manusia
Sirnalah segala hakikat dan kebenaran segala
Dibutakan rindu yang wujudnya cuma sementara
Daripada rindu yang wujudnya untuk selamanya
Pilihan telah diberikan Si Pencinta
Hanya hati manusia sulit untuk menerima
Lantaran pendeknya akal dan mata hati kita
Akan betapa nikmat terindah adalah cinta Si Pencipta
Si Pencipta segala cinta
Sang Perindu segala rindu
Kebenaran yang tiadakan pernah palsu..



note : Indahnya cinta kerna ianya fitrah yang dikurnia jangankan sampai ianya disalah guna

- agak jiwang kali ni ye =)

p/s : note ni diambil dari note fb kawan ana..best kan??

Sep 21, 2010

mukaddimah

assalamualaikum..ana harap rakan2 sekalian sihat sumenyer pd arini..
ana ni bru je nk bjinak2 dlm dunia blog2 ni..x reti sgt pn lg..tp x pe laa..
blajar la stakat yg ana mampu..hu3

x byk yg ana dpt tulis pd arini..raseye x yah tulis byk2 kot..org pn xnk bce klu ana tulis byk2 pn.kn?...=)
kpd yg blum mgenali ana,selamat b'kenalan ana ucapkn..kpd yg dh knl ana ni sape,selamat b'temu kmbali..ahlan wasahlan to my blog.hehe
tu je kot stakat ni....jmpe lg..=)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SAMPAI SINI JE..HARAP DAPAT TERIMA APA YG DI POST DGN HATI YG TERBUKA..=)