May 8, 2011

Pabila ana nak jiwang



Apekabo semua? Ana disini sihat sejahtera..( Apesal tetiba ana rasa skema semacam je ni )..hehe..bukan ape..bukankah telah lama kita tidak bersua muka..kan?kan? ( macam la pernah jumpe kan )..takpe..takpe..


Kali ni ana nak sebut pasal kejiwangan..ramai anak muda sekarang suka jiwang..dan terus terang ana cakap..ana pun kadang-kadang terlebih jiwang daripada korang..mesti korang,bila dah jatuh cinta sikit mula la nak karang-karang ayat jiwang..mula la nak dengar lagu-lagu jiwang..mula la termenung melayan perasaan..jadi ana sebenarnya tulis kali ni bukan nak nasihat korang supaya jangan jiwang..bukan! ( ayat sindiran yang paling dalam )..tapi ana nak korang compare yang mana lebih jiwang..ayat korang ke ayat ana ye?..ermm..jom kita lihat..




( Mula kan penulisan dengan memasang lagu " If You're Not The One " nyayian Daniel Bedingfield )


Cinta..
Mampu mengubah batu menjadi pasir..
Cinta..
Mampu menukar arak menjadi anggur..
Cinta..
Telah panjang lebar ku uraikan..tetapi bila ia mendatangiku..
aku lantas terdiam..tertunduk pada huraianku sendiri..
seringkali lidah ini menuturkan cinta..tetapi apabila cinta itu sendiri yang datang menerpa..
aku rebah dan tidak bermaya..hilang akalku dalam menafsirkannya..
kini ku tahu hanya cinta itulah yang memahami cinta..
cinta itu sendirilah..
adalah huraiannya..






( mode jiwang : OFF here )


ok2..jom kembali ke alam nyata..so agak-agak korang la ayat ana ke ayat korang yang lebih jiwang? ana bukan nak ajak korang jangan jiwang..bukan! ( tidak perasankah sindiran bertalu talu ini? )..tetapi ana nak buktikan bahawa jiwang itu adalah datang daripada perasaan..apabila matinya korang dan ana sekalian..maka terhenti disitulah kejiwangan yang melanda..kerna jiwang itu...ermmm..adalah sementara..korang pikirla sendiri..assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SAMPAI SINI JE..HARAP DAPAT TERIMA APA YG DI POST DGN HATI YG TERBUKA..=)