Oct 10, 2010

Cinta Sampai Syurga

Luahan ini untuk bakal suamiku..semoga nukilan ikhlas ini mampu menjadi renungan kita bersama..bukan sekadar renungan yang jauh dari makna dan rasa..Tetapi renungan yang penuh rasa di jiwa dan diterjemahkan melalui kata-kata dan perbuatan yang nyata..Terimalah Cinta Sampai Syurga..untukmu kanda..

Ku tahu mungkin kita tiada pernah bersua muka..
mungkin juga kita selalu meluahkan rasa..
cuma ianya bergema jauh di sudut jiwa..
kerna kau bukan milikku yang nyata..

Kanda..
ketahuilah bahawa dinda..
akan dan sedang mencintaimu sepenuh rasa..
rasa bahawa kau adalah lelaki yang akan menjadi suami sepenuh masa..
ketua keluarga dan juga seorang bapa..
ketahuilah yang ku damba..
bukanlah sosok suami yang sempurna..
cukuplah kau menuntunku mengenal siapa Pencipta Dunia..
membimbingku mengenal dosa dan pahala..
hukum dan segala urusan agama..
dan yang mengetahui bahawa bermuamalah secara baik kepadaku adalah juga tuntutan agama..
dan mengerti bahawa aku ini adalah amanah dari orang tuaku..
dititipkan kepadamu untuk mengambil alih kuasa jasadku dan juga jiwa..
Saat lafaz sakinah itu bergema!

Kanda..
ketahuilah bahawa janji dinda..
adalah mentaatimu sepenuh masa..
dari bermulanya waktu hingga ke penghujung usia..
akan selalu memikirkan peranan diri dari sekadar memikirkan hak sendiri yang belum terpenuhi..
kerna ku tahu memberi adalah wasilah terbaik mendapatkan kesempurnaan hak diri..
kerna memberi itulah lebih berarti..
daripada menuntut dan memaksamu memberi ganti..
kerna ku tahu kau bukanlah seorang suami yang tidak memenuhi hak isteri..
cuma kanda terkadang terleka dek perjuanganmu untuk kami..
aku janji untuk mengerti..
kerna membahagiakanmu bererti menuju kebahagiaan 'kami'..
kerna kau lah sebahagian 'kami'

Semoga..
cinta dinda untuk kanda bukan cuma di dunia..
melainkan cinta dunia ini secebis dari kesediaanmu menuntunku menuju cinta hakiki..
iaitu Cinta di Syurga Firdausi..
ameen Ya Rabbi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SAMPAI SINI JE..HARAP DAPAT TERIMA APA YG DI POST DGN HATI YG TERBUKA..=)